Pages

Saturday, 29 June 2013

Kalah JDT Kalah Bermaruah #Piala FA

KEHILANGAN tiga tonggak utama, Mohd Safiq Rahim, Mohd Safee Sali dan Andrezinho yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan pada awal separuh masa pertama punca Johor Darul Takzim (JDT) gagal mencatat kemenangan ke atas Kelantan semalam.

Penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim menyifatkan ketiadaan ketiga-tiga pemain tersebut jelas merencatkan strategi awal yang telah diatur oleh ketua jurulatih, Fandi Ahmad sebelum perlawanan bermula.

KELANTAN sedang mendahului Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada separuh masa pertama perlawanan final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Kedudukan semasa itu membolehkan pasukan bimbingan Bojan Hodak semakin menghampiri untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.
Gol Kelantan dijaringkan oleh Mohd Norfarhan menerusi hantaran kapten pasukan, Mohd Badhri Radhzi (Piya) pada minit ke-16. Selepas itu, pada minit ke-77, pemain Kelantan, Daudsu dilayangkan kad kuning kerana mengasari pihak lawan diluar petak penalti dan tendangan percuma untuk JDT.

Namun, hantaran lintang Azwan roya juga diselamatkan oleh Apex. JDT yang masih enggan berputus asa terus berusaha mencari gol penyamaan dan tendangan percuma oleh Nunez hampir menjaringkan gol namun tersasar.

Akhirnya, keputusan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat dan keputusan itu sekali gus memadam impian JDT untuk menjulang Piala FA buat julung kali.


#KALAH ke MENANG JDT tetap dihati ok :)

Saturday, 1 June 2013

JDT masuk Final


Johor DT menang kerana menjaringkan gol ditempat lawan dengan aggregat 2 - 2 .Semua kata naseb . Sebenarnya semua permainan sukan adalah naseb . Terima hakikatnya sudah walaupun sebenarnya masa pertama ia berihak kepada Pahang tapi Masa kedua ia milik Harimau Selatan .

Tahniah Boys Of Straits memberikan sorakan yang sangat luar biasa.Harus di akui sorakan mereka dasyat dapat menengelamkan Elephant Army yang lebih 40ribu orang daripada Boys Of Straits di Stadium Bukit Jalil tadi.

Kita akan bertemu dengan KELANTAN ! Sang Kancil VS Harimau Selatan .


#Doakan yang terbaik utk final game .

#LUASKANKUASAMUJOHOR.

Thursday, 30 May 2013

Berat Sebelah !

Macam berat sebelah apabila FAM menjual tiket kepada penyokong pahang 60,000 manakala penyokong JDT hanya 20,000 sahaja . Adakah ini adil ? Sedangkan selaku tuan rumah ( pahang ) mereka yang membuat hal tapi penyokong JDT pula jadi mangsanya . Ramai penyokong JDT tidak bersetuju atas keputusan FAM termasuk PBNJ juga tidak bersetuju diatas keputusan tersebut.

PBNJ mengatakan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di Stadium Bukit Jalil, siapa yang akan bertanggungjawab ? PBNP atau FAM ? Jika berlaku insiden sama di Stadium Larkin atau di Perak, Selangor atau negeri lain, adakah keistimewaan menggunakan Stadium Bukit Jalil akan diberikan kepada mereka dan hasil jualan tiket pula disalurkan kepada persatuan bola sepak berkenaan ?

"FAM sepatutnya menjadi pentadbir yang adil dan telus tapi pentadbir nampaknya keputusan mereka seperti menyebelahi Pahang. Adakah terdapat konflik kepentingan antara FAM dan PBNP ? FAM menunjukkan mereka sudah berat sebelah membabitkan pengagihan tiket, di manakah penghujungnya ? Tidak mustahil pengadil juga akan berat sebelah kerana mereka juga dibawah bidang FAM ?

Insiden ini juga mencalarkan nama baik bola sepak yang sepatutnya tempat perpaduan dan kini sebaliknya menjadi tempat pergaduhan antara 2 penyokong .

Berharap pemain JDT dapat beraksi dengan baik walaupun secara mata kasar kita telah nampak FAM lebih mengutamakan Pahang daripada keselamatan penonton.

#LUASKANKUASAMUJOHOR.

Tuesday, 28 May 2013

Perlawanan ditangguhkan !

Pertemuan antara JDT dan PAHANG telah ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu .

Ini lah akibatnya bila penjaga stadium tiada integriti dan penonton lebih daripada yang sepatutnya . Selain itu penyokong tidak mempunyai integriti yang baik dengan membaling batu kepada penyokong JDT ini menyebabkan keselamatan penyokong JDT tergugat. Kesian melihat anak-anak kecil dan orang tua yang tidak bersalah terlibat dalam situasi terbabit .

Mohon semua penyokong mempunyai inisiatif diri sendiri agar perkara ini tidak berlaku lagi .

Tarikh perlawanan seterusnya tidak ditetapkan lagi . Terimakasih.

update*

Dijangkakan dan berkemungkinan Perlawanan JDT vs PAHANG akan bermain di Stadium Hang Jebat Melaka tanpa penyokong.

Monday, 27 May 2013

Ditempat Lawan Siapa JDT ?

Malam ni pertemuan JDT vs PAHANG sekali lagi di tempat lawan ( pahang ) ..

Keputusan nya cmne lah agaknya yer ? Hope Pemain JDT beraksi dengan baik untuk game malam ni dan sekali gus menmbawa pulang kemenangan . heheee ..

Semestinya ULTRAS JDT turun turut sama untuk memberi semangat kepada pemain JDT ..

Ayuh JOHO ! Luaskan KuasaMU Johor :)

#Korang tgk bola di mana ? boleh sharing sharing :)

JDT vs PAHANG


Pasukan Johor DT turun beraksi dengan semangat juang yang tinggi selepas berjaya menewaskan Kelantan pada saingan liga tempoh hari dan malam ini JDT seterusnya akan berusaha melakar kemenangan selesa ke atas Pahang untuk aksi perlawanan separuh akhir pertama piala FA 2013 yang berlangsung di di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin

Skuad ‘Tok Gajah’ pastinya tidak rela ‘dibaham’ oleh ‘Harimau Selatan’ dan sedaya upaya untuk mencatatkan keputusan positif sebagai bekalan untuk beraksi di gelanggang sendiri pada separuh akhir kedua, 28 Mei ( mlm ini ) .

Wednesday, 22 May 2013

JOHOR DARUL TAKZIM vs KELANTAN



Semalam berlaku kekecohan sedikit di stadium larkin.
Ini sekaligus membuatkan sepak mula perlawanan di antara Johor Darul Takzim dan Kelantan pada aksi saingan liga super terpaksa ditangguhkan lebih 30 minit bagi mengawal dan memulihkan kekecohan yang berlaku.

Menurut laporan, kira-kira pukul 8 malam, di Stadium Larkin penyokong kedua-dua pasukan dikatakan memulakan serangan psikologi dengan menimbulkan provokasi sehingga menyebabkan ada antara mereka yang bertindak agresif membaling pelbagai objek sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang penyokong

Bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya meleraikan ketegangan dengan membuat penyusunan semula kedudukan penyokong Kelantan ke kawasan yang lebih baik dan menempatkan lebih ramai anggota polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Pasukan ‘Harimau Selatan’ yang kini berada di kedudukan ketiga liga, pastinya akan memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk merealisasikan misi mengutip 3 mata penuh bagi memberi cabaran kepada pasukan pendahulu liga, Lions XII dan juga ATM yang berada di tangga kedua liga

Friday, 17 May 2013

JDT vs T-TEAM

Yeah ! Semalam pertemuan JDT dengan T-TEAM berpihak kepada JDT dengan hasil jaringan 2 - 1 daripada Nunez dan Safee Sali ... Akhirnya Safee menjaringkan goal setelah miss beberapa kali goal untuk perlawanan yang lepas.



Suka la tu peminat JDT . lepas ni penuh lah balik Stadium Larkin dengan kebangkitan JDT ..

Keputusan Terkini Liga Super :


Home          vsAway
T – Team           1 – 2         Johor Darul Takzim
Pahang          1 – 1Lions XII
Perak          1 – 3Terengganu


Thursday, 16 May 2013

Tanya Khabar

Assalamualaikum ,

Apa khabar semua ? Maaf ketinggalan utk beberapa update ... Bukan busy atau apa cuma tiada masa utk mengadap lappy ni (  busy la to ) hahaha !

Untuk Pengumuman .
website sedang mencari partner baru....
Ciri-cirinya :

1. Peminat JDT.
2. Anak Jati Johor.
3. Lelaki dan Perempuan.
4. Umur ( open )
5. Sentiasa mendapatkan cerita baru mengenai JDT dan berfikiran terbuka.

kalau ada yang berminat sila email nurfarahainruslee@gmail.com atau pm di facebook saya https://www.facebook.com/ainruslee . terimakasih.

#ASAP ! tq.

Maju Sukan Untuk Negara. Peeeewiiit 

Monday, 22 April 2013

Sedikit Kata Pagi

Assalamualaikum :)

Apa khabar semua peminat JDT ? Cmne dengan kehidupan harian ? Minggu ni 27 April 2013

JDT vs PERAK kan? Mampukah JOHOR DARUL TAKZIM menewaskan PERAK DARUL RIDZUAN?
Ce komen sikit ... haha .. Bila lawan PERAK ni serba salah pula jadinya. hahaha . bkn apa PERAK ni pun tempat bermain  . JOHOR ni pun tempat bermain jugak . heheh ...

tapi apapun JOHOR selamanya !

Perak "Seladang" vs JDT "Harimau Selatan"
"Luaskan Kuasamu Harimau Selatan"

Sunday, 21 April 2013

Jersi baru JDT


#baju baru JDT . Design oke ? Warna oke kot ? Tajaan NIKE :)

LuaskanKuasaMuJohor #Pahang vs JDT | Photo

Cerita Cerita Peminat Bola ! Mereka gila ! Mereka digilai ! Mereka Menyukai ! Bersorak utk JDT !

Assalamualaikum , Salam Perkenalan .
Web ini masih baru lagi dan belum dikenali . Diharap yang memberi kerjasama dan meningkatkan lagi trafic web ini !

Ayat Merapu ? Memey Ada lah ! Tapi alaaa adat kan . hahahaa .

Berbalik kepada perlawanan JDT vs PAHANG . Siapa menyangka si nunez tu menjaringkan goal demi JDT.  Mesti orang kata gemok la . tak boleh main . gendut . sekali haaa see the leg la . dah main utk JDT . comfirm kena menang + goal kan ? Johor Darul Takzim pantang menyerah kalah . tak gitu kengkawan ?












 Bersorak atas kemenangan Johor Darul Takzim . #B.O.S
#entry minggu lepas . salah silap boleh comment . sebarang penambahan boleh beritahu :)