Pages

Thursday, 30 May 2013

Berat Sebelah !

Macam berat sebelah apabila FAM menjual tiket kepada penyokong pahang 60,000 manakala penyokong JDT hanya 20,000 sahaja . Adakah ini adil ? Sedangkan selaku tuan rumah ( pahang ) mereka yang membuat hal tapi penyokong JDT pula jadi mangsanya . Ramai penyokong JDT tidak bersetuju atas keputusan FAM termasuk PBNJ juga tidak bersetuju diatas keputusan tersebut.

PBNJ mengatakan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di Stadium Bukit Jalil, siapa yang akan bertanggungjawab ? PBNP atau FAM ? Jika berlaku insiden sama di Stadium Larkin atau di Perak, Selangor atau negeri lain, adakah keistimewaan menggunakan Stadium Bukit Jalil akan diberikan kepada mereka dan hasil jualan tiket pula disalurkan kepada persatuan bola sepak berkenaan ?

"FAM sepatutnya menjadi pentadbir yang adil dan telus tapi pentadbir nampaknya keputusan mereka seperti menyebelahi Pahang. Adakah terdapat konflik kepentingan antara FAM dan PBNP ? FAM menunjukkan mereka sudah berat sebelah membabitkan pengagihan tiket, di manakah penghujungnya ? Tidak mustahil pengadil juga akan berat sebelah kerana mereka juga dibawah bidang FAM ?

Insiden ini juga mencalarkan nama baik bola sepak yang sepatutnya tempat perpaduan dan kini sebaliknya menjadi tempat pergaduhan antara 2 penyokong .

Berharap pemain JDT dapat beraksi dengan baik walaupun secara mata kasar kita telah nampak FAM lebih mengutamakan Pahang daripada keselamatan penonton.

#LUASKANKUASAMUJOHOR.

Tuesday, 28 May 2013

Perlawanan ditangguhkan !

Pertemuan antara JDT dan PAHANG telah ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu .

Ini lah akibatnya bila penjaga stadium tiada integriti dan penonton lebih daripada yang sepatutnya . Selain itu penyokong tidak mempunyai integriti yang baik dengan membaling batu kepada penyokong JDT ini menyebabkan keselamatan penyokong JDT tergugat. Kesian melihat anak-anak kecil dan orang tua yang tidak bersalah terlibat dalam situasi terbabit .

Mohon semua penyokong mempunyai inisiatif diri sendiri agar perkara ini tidak berlaku lagi .

Tarikh perlawanan seterusnya tidak ditetapkan lagi . Terimakasih.

update*

Dijangkakan dan berkemungkinan Perlawanan JDT vs PAHANG akan bermain di Stadium Hang Jebat Melaka tanpa penyokong.

Monday, 27 May 2013

Ditempat Lawan Siapa JDT ?

Malam ni pertemuan JDT vs PAHANG sekali lagi di tempat lawan ( pahang ) ..

Keputusan nya cmne lah agaknya yer ? Hope Pemain JDT beraksi dengan baik untuk game malam ni dan sekali gus menmbawa pulang kemenangan . heheee ..

Semestinya ULTRAS JDT turun turut sama untuk memberi semangat kepada pemain JDT ..

Ayuh JOHO ! Luaskan KuasaMU Johor :)

#Korang tgk bola di mana ? boleh sharing sharing :)

JDT vs PAHANG


Pasukan Johor DT turun beraksi dengan semangat juang yang tinggi selepas berjaya menewaskan Kelantan pada saingan liga tempoh hari dan malam ini JDT seterusnya akan berusaha melakar kemenangan selesa ke atas Pahang untuk aksi perlawanan separuh akhir pertama piala FA 2013 yang berlangsung di di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin

Skuad ‘Tok Gajah’ pastinya tidak rela ‘dibaham’ oleh ‘Harimau Selatan’ dan sedaya upaya untuk mencatatkan keputusan positif sebagai bekalan untuk beraksi di gelanggang sendiri pada separuh akhir kedua, 28 Mei ( mlm ini ) .

Wednesday, 22 May 2013

JOHOR DARUL TAKZIM vs KELANTAN



Semalam berlaku kekecohan sedikit di stadium larkin.
Ini sekaligus membuatkan sepak mula perlawanan di antara Johor Darul Takzim dan Kelantan pada aksi saingan liga super terpaksa ditangguhkan lebih 30 minit bagi mengawal dan memulihkan kekecohan yang berlaku.

Menurut laporan, kira-kira pukul 8 malam, di Stadium Larkin penyokong kedua-dua pasukan dikatakan memulakan serangan psikologi dengan menimbulkan provokasi sehingga menyebabkan ada antara mereka yang bertindak agresif membaling pelbagai objek sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang penyokong

Bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya meleraikan ketegangan dengan membuat penyusunan semula kedudukan penyokong Kelantan ke kawasan yang lebih baik dan menempatkan lebih ramai anggota polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Pasukan ‘Harimau Selatan’ yang kini berada di kedudukan ketiga liga, pastinya akan memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk merealisasikan misi mengutip 3 mata penuh bagi memberi cabaran kepada pasukan pendahulu liga, Lions XII dan juga ATM yang berada di tangga kedua liga

Friday, 17 May 2013

JDT vs T-TEAM

Yeah ! Semalam pertemuan JDT dengan T-TEAM berpihak kepada JDT dengan hasil jaringan 2 - 1 daripada Nunez dan Safee Sali ... Akhirnya Safee menjaringkan goal setelah miss beberapa kali goal untuk perlawanan yang lepas.



Suka la tu peminat JDT . lepas ni penuh lah balik Stadium Larkin dengan kebangkitan JDT ..

Keputusan Terkini Liga Super :


Home          vsAway
T – Team           1 – 2         Johor Darul Takzim
Pahang          1 – 1Lions XII
Perak          1 – 3Terengganu


Thursday, 16 May 2013

Tanya Khabar

Assalamualaikum ,

Apa khabar semua ? Maaf ketinggalan utk beberapa update ... Bukan busy atau apa cuma tiada masa utk mengadap lappy ni (  busy la to ) hahaha !

Untuk Pengumuman .
website sedang mencari partner baru....
Ciri-cirinya :

1. Peminat JDT.
2. Anak Jati Johor.
3. Lelaki dan Perempuan.
4. Umur ( open )
5. Sentiasa mendapatkan cerita baru mengenai JDT dan berfikiran terbuka.

kalau ada yang berminat sila email nurfarahainruslee@gmail.com atau pm di facebook saya https://www.facebook.com/ainruslee . terimakasih.

#ASAP ! tq.

Maju Sukan Untuk Negara. Peeeewiiit