Pages

Thursday, 30 May 2013

Berat Sebelah !

Macam berat sebelah apabila FAM menjual tiket kepada penyokong pahang 60,000 manakala penyokong JDT hanya 20,000 sahaja . Adakah ini adil ? Sedangkan selaku tuan rumah ( pahang ) mereka yang membuat hal tapi penyokong JDT pula jadi mangsanya . Ramai penyokong JDT tidak bersetuju atas keputusan FAM termasuk PBNJ juga tidak bersetuju diatas keputusan tersebut.

PBNJ mengatakan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di Stadium Bukit Jalil, siapa yang akan bertanggungjawab ? PBNP atau FAM ? Jika berlaku insiden sama di Stadium Larkin atau di Perak, Selangor atau negeri lain, adakah keistimewaan menggunakan Stadium Bukit Jalil akan diberikan kepada mereka dan hasil jualan tiket pula disalurkan kepada persatuan bola sepak berkenaan ?

"FAM sepatutnya menjadi pentadbir yang adil dan telus tapi pentadbir nampaknya keputusan mereka seperti menyebelahi Pahang. Adakah terdapat konflik kepentingan antara FAM dan PBNP ? FAM menunjukkan mereka sudah berat sebelah membabitkan pengagihan tiket, di manakah penghujungnya ? Tidak mustahil pengadil juga akan berat sebelah kerana mereka juga dibawah bidang FAM ?

Insiden ini juga mencalarkan nama baik bola sepak yang sepatutnya tempat perpaduan dan kini sebaliknya menjadi tempat pergaduhan antara 2 penyokong .

Berharap pemain JDT dapat beraksi dengan baik walaupun secara mata kasar kita telah nampak FAM lebih mengutamakan Pahang daripada keselamatan penonton.

#LUASKANKUASAMUJOHOR.

0 comments:

Post a Comment