Pages

Wednesday, 22 May 2013

JOHOR DARUL TAKZIM vs KELANTAN



Semalam berlaku kekecohan sedikit di stadium larkin.
Ini sekaligus membuatkan sepak mula perlawanan di antara Johor Darul Takzim dan Kelantan pada aksi saingan liga super terpaksa ditangguhkan lebih 30 minit bagi mengawal dan memulihkan kekecohan yang berlaku.

Menurut laporan, kira-kira pukul 8 malam, di Stadium Larkin penyokong kedua-dua pasukan dikatakan memulakan serangan psikologi dengan menimbulkan provokasi sehingga menyebabkan ada antara mereka yang bertindak agresif membaling pelbagai objek sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang penyokong

Bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya meleraikan ketegangan dengan membuat penyusunan semula kedudukan penyokong Kelantan ke kawasan yang lebih baik dan menempatkan lebih ramai anggota polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Pasukan ‘Harimau Selatan’ yang kini berada di kedudukan ketiga liga, pastinya akan memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk merealisasikan misi mengutip 3 mata penuh bagi memberi cabaran kepada pasukan pendahulu liga, Lions XII dan juga ATM yang berada di tangga kedua liga

0 comments:

Post a Comment