Pages

Saturday, 29 June 2013

Kalah JDT Kalah Bermaruah #Piala FA

KEHILANGAN tiga tonggak utama, Mohd Safiq Rahim, Mohd Safee Sali dan Andrezinho yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan pada awal separuh masa pertama punca Johor Darul Takzim (JDT) gagal mencatat kemenangan ke atas Kelantan semalam.

Penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim menyifatkan ketiadaan ketiga-tiga pemain tersebut jelas merencatkan strategi awal yang telah diatur oleh ketua jurulatih, Fandi Ahmad sebelum perlawanan bermula.

KELANTAN sedang mendahului Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada separuh masa pertama perlawanan final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Kedudukan semasa itu membolehkan pasukan bimbingan Bojan Hodak semakin menghampiri untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.
Gol Kelantan dijaringkan oleh Mohd Norfarhan menerusi hantaran kapten pasukan, Mohd Badhri Radhzi (Piya) pada minit ke-16. Selepas itu, pada minit ke-77, pemain Kelantan, Daudsu dilayangkan kad kuning kerana mengasari pihak lawan diluar petak penalti dan tendangan percuma untuk JDT.

Namun, hantaran lintang Azwan roya juga diselamatkan oleh Apex. JDT yang masih enggan berputus asa terus berusaha mencari gol penyamaan dan tendangan percuma oleh Nunez hampir menjaringkan gol namun tersasar.

Akhirnya, keputusan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat dan keputusan itu sekali gus memadam impian JDT untuk menjulang Piala FA buat julung kali.


#KALAH ke MENANG JDT tetap dihati ok :)

0 comments:

Post a Comment